Jan 13, 2016

Aznil Hj Nawawi sertai Zenith Gold?


Jan 13 2016, Pemilik akaun facebook Pak nil mengeluarkan statement berkenaan. Di ruang komen penuh dengan makian dari peminat peminatnya. Aku pada bulan lepas terdetik untuk bertanya dengan Pak Nil, tapi apakan daya, dia sudah menjawabnya. Pepatah melenium pernah berkata, biar berputih mata, jangan beremas hati.

Walaupun berkemungkinan sekadar bergurau dengan group whatsapp zenith gold, tapi beragak agaklah.

salam

aF

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part3

Salam,

Setelah post edisi pertama zenith gold meletop dan menjadi rujukan, alhamdulliah terbitnya post ketiga bagi kupasan dan ulasan selanjutnya dan menjawab sedikit sebanyak persoalan demi persoalan.

Dimaklumkan aku masih sedang meneliti tetang program emas ini. Aku juga di jemput berada di dalam group whatsapp dalam kumpulan ini sebagai pemerhati bebas. Dan aku juga masih tidak melabur di dalam program ini.

Bagi pertanyaan insan bernama Yang Chai

Pertama. Aku belajar forex pada seusia aku berumur 20tahun, tak silap aku pada awal tahun 2007, aku bukan sahaja tahu tentang bursa saham new york dan jepun. Biar aku terangkan, pada pukul 5 pagi hari isnin, kaunter akan mula buka iaitu kaunter syedney dan disusuli kaunter tokyo pada pukul 8pagi. Kemudian kaunter Syedney tutup pada pukul 3 petang dan kaunter london akan bermula buka pada pukul 4 petang. Pada pukul 5petang kaunter tokyo ditutup dan tepat jam 9 malam kaunter new york baru membuka kaunternya. Pada jam 1pagi kaunter london tutup. Dan di ulangi jam 5 pagi kaunter syedney mula buka. kaunter new york tutup pada jam 6 pagi. Keempat negara ini bermain buka tutup kaunter sehingga awal pagi sabtu. Untuk makluman ini contoh kaunter yang terkenal, kaunter Malaysia, singapura dan negara-negara lain pun ada waktu buka dan tutup mengikut waktu masing-masing.

Sabtu ahad cuti, hari natal, new year pun cuti. Maksud aku sebenarnya adalah kaunter tutup. Di televisyen, tiap tiap hari berita mengatakan, "hari ini ringgit ditutup tinggi" ini maknanya harga tersebut adalah harga setelah kaunter tutup.

Di dunia saham, itulah caranya. Kita tidak melabur di kedai pandu laju atau kedai mamak 24 jam untuk sesuka hati beli dan jual setelah kaunter tutup. Mengapa tidak samakan kaunter bank dengan zenith gold? Mengapa? Adakah kerana zenith gold menjual seperti 7-E? Adakah kerana semuanya online? Untuk makluman, Kaunter forex juga kebanyakannya dibeli dan dijual melalui online. Market seperti supermarket atau mall memang high traffic akan tetapi cuba anda bayangkan kesesuaian contoh mudah peniaga kantin sekolah yang berniaga pada hari cuti atau sabtu dan ahad.

Kedua. Tiada sistem yang sempurna encik. Semua sistem ada backup plan. Atau Plan B.

Bagi pertanyaan insan bernama Muzhafar

Akaun semasa dan bukan akaun semasa.
Akaun semasa adalah akaun bank yang didaftarkan untuk tujuan bisnes kebanyakkan.
Akaun bukan semasa adalah akaun simpanan.

Mohd Amiruddin
Maaf, bukan tak berminat. Belum ketemu hidayah lagi.

tq.

aF