Nov 15, 2015

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part2

"assalamualaikum
Trend masa kini, ramai beli emas masa harga murah, lepas tu jual semasa harga tinggi...
Contoh:
Sekarang harga emas 1 gram = RM152.76, anggaran emas naik sampai RM500/gram tu ialah pada tahun 2020. Sekarang tahun 2015. Jadi harus TUNGGU 5 tahun lagi...
OK andai kata jadi harga yg sebegitu..
Contoh kiraan;
Anda beli 50 gram (RM7,638) sekarang,
Pada tahun 2020 di jangka harga emas rm500/gram
RM500 X 50g = RM25,000.
RM25,000 - RM7,638 = RM17,362.
Kesimpulannya..
Anda beli 50 gram hari ini, untung RM17,362 dalam masa 5 TAHUN.


Kalau di Zenithgold... ANDA TIDAK memerlukan cara tersebut.
Tidak perlu tunggu 5 tahun utk dapatkan RM17,362. ANDA BOLEH dapat lebih drpd nilai tersebut dlm masa 1 TAHUN 35 HARI SAHAJA ANDA DAPAT DUIT DAN EMAS.
Jika Simpan RM7,600 dlm acc emas ZG, dengan kiraan ETA 1.0% stiap hari2 secara TETAP, selepas 400 hari anda DAPAT: RM79,491.
Rm79,491 - 70% = rm55,643.
Rm55,643 - 10% charges = rm50,079.
✅ 70% Duit Tunai = RM50,079.
✅ 30% Emas zg = 60 gram"

Perenggan di atas perlu diamati dan dihayati bersama. Apakah yang dimaksudkan dengan zenithgold, fizikal gold dan live trade (gold). Seseorang telah bersuara dan memberi pendapat kebaikan zenithgold adalah yang terbaik daripada beli emas pada masa sekarang. Pendapat tersebut dinyatakan setelah aku dengan sengaja menghantar satu statement bahawa emas pada november 2015 berada paras terendah dalam masa enam tahun ini.

Baiklah. Hayati penerangan ini.

Zenithgold adalah sebuah syarikat yang berada di UK? KANADA? menjalankan perniagaan jual beli emas dalam talian (www.zenithgolds.com) yang secara langsungnya tidak menunjukkan dipaparan halaman website utamanya tentang keuntungan setelah membeli gold tersebut dalam masa 400 hari apatah lagi komisyen setelah memperkenalkan kepada orang lain.

Yang memperkenalkan zenithgold di malaysia sudah tentulah orang yang pertama membeli gold tersebut dan telah mendapat keuntungan dan secara tidak langsung mempromosikan perkara ini kepada rakan-rakan.

Khabarnya terdapat satu kaunter/orang yang bekerja/tempat membuat pertukaran mata wang yang melakukan transaksi bayaran dan deposit. Untuk makluman dan kita sedia maklum bahawa, orang-orang ini adalah orang-orang yang terlibat dalam pengelapan wang atau bahasa yang mudah difahami (black money).

Sasaran zenithgold tentulah melayu, pegawai kerajaan. Orang-orang yang pernah menerima keuntungan daripada laburan ini dengan secara tidak langsung akan menambah jumlah pelaburan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan.

Walaupun zenithgold telah membayar keuntungan, wang tersebut dikembalikan kepada zenithgold dengan cara yang sangat lembut. Sebab itu zenithgold memerlukan waktu selama 400 hari untuk memberi kita masa supaya kita mendapat pelabur baru dan kita akan mula melabur semula. Jadi, 100ringgit yang dilaburkan, kita boleh mencari 3 lagi pelabur dalam masa pelaburan itu berlangsung. Di sini, pihak zenithgold tidak memerlukan modal yang besar untuk membuat rolling ataupun bahasa yang mudah difahami modal pusingan. setuju?

Ianya sesuatu perkara yang tidak akan berakhir sehingga harga emas benar benar tinggi kerana emas yang kita beli sebenarnya dibeli dengan menggunakan flatform forex trading, cuma pulangan yang diterima oleh kita sekarang ini hanyalah duit pusingan daripada pelabur pelabur lain.

penantian untuk sesuatu harga komoditi naik itu adalah sesuatu yang amat menyeksakan dan tidak pasti, sebab itu dalam saham ada "beli" dan "jual untuk bayar kepada pembeli".

perkara ini amatlah tidak disenangi oleh pihak kerajaan dan dikhuatiri akan di banned (senarai hitam) paling tidak pun websitenya tidak dibenarkan dilayari dari malaysia. perkara tersebut pernah berlaku seperti swiftbank pada tahun-tahun yang lalu.

Dimana kita perlu lihat perbandingan yang dilakukan terus terang menyatakan bahawa statement di atas, kita bakal mendapat keuntungan walaupun emas berada di paras rendah. Jadi emas tersebut diniagakan dengan keadaan terbalik. Eloklah berjinak jinak dengan graf emas dan belajar melihat pergerakan emas tiap tiap hari.

Cuba bayangkan sekiranya aku meniru sistem ini semula dengan menggunakan ilmu beli emas dengan menggunakan broker? ianya tetap sama, Jika tidak percaya aku boleh buktikan bahawa aku boleh meniru sistem ini dengan membuat pelaburan yang sama. Sekiranya ada yang sanggup untuk menunggu selama 400 hari, silalah e-mel aku ("400 hari test buy gold")

Tq.

-aF-

p/s: setiap pelan perlu perancangan, kelebihan aku terletak kepada penelitian dan penilaian bagaimana sistem ini terbentuk. terima kasih kepada seorang founder yang aku kenali dulu, daripada dia aku mempelajari loophole (ruang kosong) yang tidak dapat dilihat dari mata kasar. dimana kelebihan dan kelemahan sesuatu sistem itu hanya terletak pada pengalaman.

Harga emas yang terendah dalam masa enam tahun pada november 2015

Mengikut laporan Reuters harga emas sekarang berada di bawah paras yang rendah. Akan tetapi bila kita ke kedai emas harganya tidak beberapa rendah seperti yang kita jangkakan. Ini kerana harga emas lebih bersandarkan kepada matawang dollar amerika.

Ianya membawa maksud, penurunan emas tidak mempunyai apa-apa impak dipasaran tempatan kerana ringgit kita yang lemah masih bersandarkan US dollar untuk membeli emas tersebut.

Bagi pelabur emas fizikal, adakah ini jalan yang terbaik untuk membeli emas? aku semakin ragu-ragu dengan permainan konsultan pelaburan emas dengan mengunakan pendekatan bahawa harga emas dunia turun dan menyarankan kita membelinya, walhal harga emas dipasaran tempatan tidak begitu rendah seperti yang diinginkan.

Adalah lebih baik kita membeli emas secara terus dengan menggunakan dolar Amerika akan tetapi suatu hari nanti dolar amerika akan turun juga. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Kos, Risiko dan Keuntungan.

Dalam perniagaan kita diterapkan untuk menitikberatkan akan tiga perkara seperti di atas. Kos yang dimaksudkan adalah kos pertukaran antara modal dan matawang yang perlu dilaburkan bagi menanggung urusan jual beli tersebut.

Risiko yang perlu ditanggung pula. Berapa peratus kerugian yang bakal kita tanggung selepas urusan jual beli tersebut.

Keuntungan. Jumlah keuntungan setelah risiko yang diambil tidak hadir dalam pelaburan tersebut.

Untuk membeli/menjual emas adalah sesuatu perkara yang amat mudah. Anda tidak perlu lagi ke kedai emas. Anda hanya perlu memuat turun metatrader, register broker, deposit dan boleh terus membeli.

Good Luck.

-aF-