Jun 21, 2016

Fxunited terjerumus kepada scam plan - part 1

Salam,

Tajuk di atas adalah dirujuk,

Fxunited adalah dirujuk sebagai :-

2. Untuk makluman, aku pernah didatangi oleh seorang pelabur fx united. Maaf kerana tidak mengetengahkan pada awal dahulu. Dia juga bertanya kerana aku mempunyai kemahiran trading dan sedikit ilmu dunia forex.

3. Pada hujung bulan yang lepas, aku diberitahu bahawa modal (untung/komisyen bersamaan modal pelaburan) beliau telah selamat (1 tahun pelaburan). Beliau juga memaklumkan bahawa dia masih tidak mengeluarkan modal pelaburan kerana ingin mengutip keuntungan 9% kerana pada tahun kedua peratusan itu yang dijanjikan oleh pihak fxunited.

4. Pada suatu hari pada beberapa bulan yang lepas, aku telah meminta kebenaran untuk melihat akaun trading beliau, dan ianya amat membimbangkan aku sebagai seorang trader. Peratus keuntungan (setahun) bagi trading yang dilakukan oleh robot itu tidak mencecah 10% tahap keberuntungan. Manakala terdapat dua bulan akaun beliau mengalami kerugian 50% daripada modal.

5. Mengikut perkiraan matematik kasar, peratusan yang sewajarnya daripada akaun tersebut hendaklah berada pada paras keuntungan 20% setiap bulan bagi menampung bayaran hakiki 12% sebulan selama setahun dan baki 8 peratus untuk komisyen upline atau nama pasarnya affiliate program.

6. Bayaran untuk affiliate atau pun upline hanya dijanjikan selama setahun sahaja. Dimana perkara ini amat menyelamatkan program fxunited ini. Akan tetapi keuntungan setiap bulan masih tidak mencecah 10% dan mempunyai kerugian hampir separuh daripada margin akaun.

7. Komisyen daripada urusan jual beli juga sangat-sangat lemah di mana lot yang dibuka sangat-sangatlah kecil dan agak kehairanan sekiranya fx united menggunakan komisyen tersebut untuk mengembalikan margin yang telah kerugian.

8. Bagi pendapat aku, fxunited sebenarnya mentarget pelabur-pelabur supaya trading sendiri. Dimana disini komisyen per trade dapat dikembalikan semula kepada para pelabur yang mengalami kerugian. akan tetapi, sekiranya perkara ini terus berterusan. Apakah fxunited akan terkubur?

9. Demo akaun yang terlalu banyak details yang perlu diisi. Ini kali pertama aku melihat sebuah syarikat fx trading memerlukan infomasi yang terlalu detail untuk membuka akaun demo.

10. Kadar kepopularitinya melalui website, 70% adalah daripada Malaysia dimana Malaysia adalah pusat wang dilaburkan sedangkan syarikat fxunited tersebut bertapak di Wellington, New Zealand.
  • gambar akan datang
12. Mengikut carian di google map gambar berikut adalah dirujuk. Mengikut google street view kawasan bangunan ini adalah dirujuk.
  • gambar akan datang
  • gambar akan datang
13. Mengikut gambar contact di website fxunited adalah dirujuk. Terdapat kekeliruan bangunan hq tersebut kerana bangunan tersebut tidak dapat dirujuk di street view.
  • gambar akan datang
14. Akhir kata, fxunited adalah satu product forex trading yang terjebak kepada scam plan. SKKM, Bank negara, PDRM, SSM dan sewaktu dengannya tidak boleh ambil tindakan kerana syarikat ini adalah milik luar negara. Pelaburan adalah terletak pada risiko diri sendiri dan ianya adalah termaktub kepada mana-mana syarat sebagai forex trader (pemain) dan  investor (pelaburnya) juga adalah terlibat bersama.

Sekian, terima kasih

aF


Jun 20, 2016

WTC Pro terjerumus kepada scam plan - part 1


Salam,

Gambar di atas adalah dirujuk

2. WTC Pro adalah dirujuk sebagai :-
3. Target Visitor daripada website WTC Pro adalah 100% daripada malaysia. 100% itu dirujuk pada 21 Jun 2016 8.59am GMT Malaysia.
4. Bentuk muka atau paparan Website tidak menampakkan ianya sesebuah syarikat yang berupaya untuk menampung kos website. 
  • Logo yang tidak berkualiti
  • Contoh logo yang digunakan menggunakan photoshop dan menggunakan font yang biasa digunakan atau erti kata lain standard photoshop font.
  • Link yang rosak - Contact Us
  • Tiada maklumat syarikat ini berpusat di mana
  • Tiada maklumat daripada website ini tentang perlaburan yang dijanjikan kecuali basic knowledge untuk forex trading.
5. Walaupun bagaimana pun, bacaan daripada carian google seperti http://wtcprolimited.blogspot.my aku mendapati bahawa wtc pro ini menjanjikan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan, dijamin dan ianya selamat. Komisyen-komisyen yang akan membutakan hati pelabur. Wang Dollar yang telah ditetapkan kadarnya dan spread jual beli melangkau 0.5000 point (depo and withdrawal - standard 0.2000) . Banking-banking sistem yang beriklan dua pusat daripada thailan dan malaysia sahaja.

6. Memang sesuatu perkara biasa bagi scam community buat masa sekarang bahawa, syarikat sendiri tidak mempamerkan bulan dan bintang tapi sales person itu dijadikan orang tengah.

7. Aku mohon kepada pelabur atau sales person yang terjebak dengan wtc pro tampil dan memberi maklumat bagi membantu kes ini dan supaya kita sama sama satu malaysia mendapat manfaat yang lebih baik.

8. Mohon pihak wtcpro mengemaskini website dan melantik seorang graphic designer yang berdaftar dengan lim kok wing (paling tidak) bagi mencantikkan design websitenya supaya ianya nampak lebih gah sebagai mengutip jutaan dollar amarika daripada pelusuk global seperti yang dinyatakan oleh pihak syarikat tersebut.

9. Modus operandi yang sama, mengapa perlu bayar pada kadar berbeza.

10. Akhir kata, wtc pro adalah satu product forex trading yang terjebak kepada scam plan. SKKM, Bank negara, PDRM, SSM dan sewaktu dengannya tidak boleh ambil tindakan kerana syarikat ini adalah milik luar negara. Pelaburan adalah terletak pada risiko diri sendiri dan ianya adalah termaktub kepada mana-mana syarat sebagai forex trader (pemain) dan  investor (pelaburnya) juga adalah terlibat bersama.

Sekian, terima kasih.

Af

Jun 18, 2016

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part5 - urusan jual beli atau keuntungan sabtu ahad terjawab

*JAWAPAN KENAPA AHLI ZENITH GOLD DIBAYAR SETIAP HARI*

Dear value member,

Gold trading session operates monday-friday 24 hours.

Nevertheless, for ZEN affiliate system, we uses the Close price on Friday for Saturday and Sunday as index mechanisme to ZEN's members.

*SUPPORT TEAM*

ahli nilai yang dihormati,

sesi dagangan Gold beroperasi Isnin-Jumaat 24 jam.

Walau bagaimanapun, untuk sistem affiliate ZEN, kita menggunakan harga Tutup pada hari Jumaat untuk hari Sabtu dan Ahad sebagai indeks mechanisme kepada ahli ZEN ini.

*SOKONGAN TEAM*

*✨✨✨Zenith gold✨✨✨*
*The Best, The Rest, The Rare*


Artikel di atas hendaklah dibaca teliti supaya kita lebih faham dan supaya jawapan ini kita tidak terpesong daripada topik ini.

1. Soalan berkenaan keberuntungan pelabur pada kadar purata 0.99% daripada modal pelaburan dipersoal kerana pair/komoditi Gold tidak diniagakan pada sabtu dan ahad terjawab.

2. Kadar keberuntungan pada sabtu dan ahad dikatakan adalah keuntungan yang ditutup pada hari jumaat dan penjawab mengetengahkan perlaburan dilakukan selama isnin hingga jumaat.

3. Walaupun penjawab telah menjawab persoalan. Semakin banyak persoalan yang timbul.

4. Contohnya, mengapa zenith gold international tidak mahu mengaku bahawa mereka melakukan trading atau bahasa pasar forex trading dengan menggunakan flatform di internet?

5. Mengapa internet? Kerana bursa saham di dinding atau pun contoh mudah wall street di buka kurang daripada 12 jam.

6. Apa beza beli di kaunter dan beza beli di internet?

7. Sekiranya Trading di internet apa fatform yang digunakan? adakah flatform itu trusted?

8. Sekiranya keuntungan pada hari sabtu dan ahad anggaran 0.99% sabtu dan 0.99 ahad. Adakah hari jumaat keuntungannya 3%?

9. sekiranya ianya peratusan mingguan. bagaimana peratusan itu di keluarkan (declare) pada hari yang tersebut? sedangkan seminggu belum lagi habis.

stk,

af


Jun 8, 2016

Teknik mengenal pasti kesahihan gelaran atau darjat atau darjah kebesaran yang digunakan untuk kepentingan peribadi dan terjerumus kepada scam plan

Salam,

Hari ini tergerak hati untuk memulakan satu post baru. Bukan apa, dunia teknologi hujung jari pun kalau malas memang takkan tergerak hati nak menaip artikel panjang-panjang begini. Kalau teknologi google tidak digunakan maka anda wajib memakai nokia3310 semula. Jadi anda bernasib baik terbaca artikel ini sebab anda sedang menggoogle. Benar? yea.. tak mungkin artikel ini diviralkan. Kalau diviralkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan berfikiran jauh.

Artikel ini adalah amat penting, sebab ianya selalu disalah diguna pakai untuk mencapai satu sasaran, kepentingan peribadi ataupun mahu tumpuan dimana si penama yang memakai gelaran seperti dato atau pun datuk susah untuk kita sahihkan gelarannya.

Medium yang mudah digunakan adalah encik google. Akan tetapi bagaimana untuk mengenalpasti kerana carian google tentulah terlalu banyak muka suratnya.


Penggunaan Simbol "
Sekiranya kita ingin mencari seseorang dengan nama penuhnya gunakan simbol tersebut di hadapan dan akhirnya

Letakkan di enjin carian google
contoh :-

"H'NG KIM POR"


Walaupun namanya unik, ianya mudah di cari di dalam google. Maaf Tuan H'ng Kim Por sebab menggunakan nama Tuan sebagai contoh carian.

Jadi persoalannya sekarang, bagaimana nak mencari seseorang yang bernama Dato ataupun datuk yang sahih di sisi istiadatnya?

Baiklah tadi saya terlintas nama datuk bandar kuala lumpur yang pertama.
"Tan Sri Dato' Lokman Yusof"

Baiklah, ini satu teknik yang paling penting. Untuk pengetahuan website www.istiadat.gov.my ada mengeluarkan salinan dalam bentuk PDF dimana kita boleh lihat tahun bila dia dilantik

Tekniknya mudah. Di carian google. Letak nama dan kemudian site:www.istiadat.gov.my
contoh :-

lokman yusof site:www.istiadat.gov.my



Baiklah, mungkin kamu semua faham apa yang aku nak sampaikan, di mana, anugerah yang telah dikeluarkan pada tahun 1965 masih boleh di cari di carian google dengan menggunakan saluran yang betul.

Jadi. Mari kita cuba buat carian dato' dato atau datuk palsu. Sebelum tu, untuk makluman. Rekod Darjah kebesaran termasuk Persekutuan dan Negeri. Dan ianya terbukti kerana aku pernah cuba cari rekod satu datuk memakai Darjah Kebesaran Negeri.

Carian pertama : Melalui Iklan 


Jadi di sini kita dapat lihat iklan tersebut mempunyai nama dan kita ambil sebagai rujukan

Sabbri Hj Yusof site:www.istiadat.gov.my

Apa yang dapat kita lihat beliau adalah Dato' dan mari kita semak dengan carian google ini tentang kesahihan tersebut.



Mengikut cari yang pertama tu memang dah tak payah nak belek page lain sebab carian dia merujuk kepada sabri dengan satu B dan juga mungkin carian keliru dengan nama panggilan Hj.

Mari cari dengan lebih mendalam lagi

"sabbri" site:www.istiadat.gov.my



Okay, di sini kita dapat lihat. Memang tiada sesiapan pun bernama Sabbri yang pernah mendapat Darjah Kebesaran. Jadi kita masih ambil langkah bersangka baik. Mungkin terdapat kesilapan di dalam iklan tesebut. Mungkin ianya hanya satu B. Mungkin kali.

Mari cari dengan lebih mendalam lagi kita buangkan huruf Hj kerana gelaran Hj tersebut mungkin mengganggu carian ini nanti. Tanpa tanda " untuk memudahkan google untuk matchkan perkataan dan kita mengharapkan ianya keluar sebaris.

sabri yusof site:www.istiadat.gov.my

Baiklah setelah membelek ke lima page carian seperti di atas. Nama yang seperti di iklankan tiada. Bukan tiada, adala sipi sipi. Tapi kita masih perlu bertanya tentang kesahihannya dengan tuan iklan.

carian yang paling hampir adalah Mohd Sabri bin Yusoff di anugerahkan pada 2010. Sekiranya benar beliau. Mengapa perlu letak nama lain?

Maaf kerana menggunakan produk zenith gold dalam menggunakan contoh carian dato' datuk palsu. Mungkin terdapat kesilapan dari segi huruf (bersangka baik) apa apa pun. Selamat mencuba.

Share kepada rakan. Jangan ambil bulat-bulat konon konon datuk.

Sekiranya terdapat kesilapan, beritahu aku untuk memperbetulkan artikel ini.

-aF