Feb 16, 2017

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part8 - Edisi zontotgold

Salam, berikut adalah artikel dan pemahaman beliau berkenaan zenithgold. Terima kasih atas pencerahan beliau berkenaan hujah dan penjelasan beliau dengan padat dan padu. Aku memang ada membuat carian sebelum ini berkenaan alamat baru pejabat di UK dan yang paling kelakar aku tak jumpa bangunan yang dimaksudkan. Kerana bangunan tu adalah bangunaan seperti kawasan kediaman. Tidak mengapa, sila hadam kes zontotgold ini.

Rakyat Malaysia, AWAS Scam Zenith Gold (ZG)!!!
CARA MUDAH UNTUK BUKTIKAN SINDIKET ZENITH GOLD (ZG) MENIPU MENGENAI Zenithgold Limited, UK
Mohon SHARE pendedahan ini, sebelum ahli keluarga, saudara-mara, rakan, jiran & orang kampung anda tertipu & menjadi mangsa Sindiket ZG yg seterusnya.
========================================
Sindiket ZG kat Malaysia kata 'syarikat affiliate pelaburan emas' Zenith Gold International Limited (ZGI), yang alamat laman webnya:www.zenithgolds.com KONONNYA terletak di kepulauan British Virgin Islands (BVI) menggunakan (sebenarnya: MENUMPANG) nombor pendaftaran HQ / ibu pejabatnya (KONON) iaitu Zenithgold Limited, UK.
Laman web rujukan yg disebarkan oleh sindiket ZG mengenai perkara ini (sebenarnya: PENIPUAN ini) adalah:
Secara logiknya, jika betul la Zenith Gold International Limited (ZGI) WUJUD secara SAH di kepulauan BVI (yg terletak jauh daripada benua Eropah & lebih hampir dgn benua Amerika Selatan), sepatutnya ZGI ada nombor pendaftaran syarikat yg tersendiri dengan pihak berautoriti di kepulauan BVI dan tak sewajarnya MENUMPANG nombor pendaftaran HQ (KONON) di UK.
TAPI, Sindiket ZG MENIPU & MEMPERBODOHKAN PARA 'PELABUR'NYA untuk turut menyebarkan info syarikat Zenithgold Limited seperti yang tertera pada laman web Endole di atas, TAPI MEREKA SENDIRI TAK MEMBACA DENGAN TELITI.
Antara perkara yg mereka TAK BACA DENGAN TELITI / TAK PERASAN / TAK MAHU BERFIKIR:
1) LOGO
- Zenithgold Limited di UK yang KONONNYA HQ kepada ZGI di kepulauan BVI menggunakan logo yg jauh BERBEZA. Bandingkan logo berwarna MERAH & bertulisan PRIOR dengan logo ZGI yang menggunakan singkatan ZG dan berwarna EMAS.

2) LATEST FINANCIALS
- Cuba lihat graf di sebelah kanan yang menunjukkan Net Worth syarikat Zenithgold Limited yang semakin naik tetapi JELAS Net Worth syarikat TAK SAMPAI £200k PUN. Di bawah graf tu tertera:
Cash in Bank hanya £94.2k (atau GBP94,200)
Total Assets hanya £159.04k (atau GBP159,040)
Net Worth yang lebih tepat hanya £157k (atau GBP157,000)
(semua dalam nilai £ / British Pound Sterling / GBP).
- BERDASARKAN LATEST FINANCIALS tersebut, jelas bahawa Zenithgold Limited bukan syarikat besar. Tak mungkin ia adalah syarikat yg berkait dengan EMAS.
- Master Dealer Sabbri & upline2 TERAWAL di puncak skim piramid ZG pun dah dapat (kaut) duit juta2 (walaupun dalam RM, bukan Pound Sterling) hasil kejahilan 'pelabur' ZG, takkan la syarikat 'HQ' kepada ZGI buat bisnes TAK SAMPAI PUN NILAI SEJUTA POUND STERLING???
- Nampak sangat Zenithgold Limited SEBENARNYA BUKAN HQ kepada ZGI di BVI bahkan Zenithgold Limited di UK tu hanya sebuah syarikat kecil.
3) GROUP STRUCTURE
- Group Structure: No parent company or subsidiaires reported
(ejaan subsidiairies tu Endole mungkin salah taip, ejaan yg betul: subsidiaries).
- Maksudnya, Zenithgold Limited kat UK ni memang syarikat kecil sebab No parent company or subsidiaries (Tiada syarikat induk ataupun anak syarikat).
4) CLASSIFICATION
- Classification: Letting and operating of own or leased real estate (other than Housing Association real estate and conference and exhibition services) n.e.c. (68209)
- Ini menjelaskan lagi mengapa Zenithgold Limited sebuah syarikat kecil, meniaga pun tak sampai nilai juta2.
- Sindiket ZG cuba SPIN kononnya perniagaan Zenithgold Limited dalam 'real estate' tu termasuk galian (emas) di bawah / dalam tanah 'real estate' tersebut.
- Ok la, kalau betul la Zenithgold Limited, UK yg KONONNYA HQ kepada ZGI kat BVI ni betul ada meniaga EMAS / CARIGALI EMAS / PASARAN SAHAM EMAS / VENDING MACHINE EMAS, sila cari TANG MANA ada sebut benda berkaitan dengan EMAS kat laman web Zenithgold Limited tu yg beralamat seperti di bawah (berdasarkan info syarikat dalam laman web Endole di atas):
Cuba la cari kalau jumpa dalam senarai Service syarikat tu yg ada berkaitan dengan EMAS:
KEPADA GENG SINDIKET & 'PELABUR' TEGAR ZG,
SELAMAT MEMBACA & MENGKAJI SEMULA DENGAN LEBIH TELITI INFO DALAM LAMAN WEB ENDOLE YG ANDA RUJUK & SEBARKAN SELAMA INI.
==========================================
NOTA:
Hubung kait antara Zenithgold Limited dengan Prior Estates Limited & mengapa syarikat Zenithgold Limited menumpang laman web Prior Estates Limited kurang jelas & sangat meragukan.
Selain info syarikat Zenithgold Limited, dalam laman web Endole juga ada info syarikat Prior Estates Limited. Kedua-duanya menggunakan logo yg sama (PRIOR) & alamat syarikat yg hampir sama.
Bandingkan antara dua info syarikat tersebut:
1) Zenithgold Limited
Alamat:
First Floor Leonard House 7, Newman Road, Bromley, Kent
2) Prior Estates Limited
Alamat:
7 Leonard House, Newman Road, Bromley
Lihat pada LOGO syarikat yg sama & ALAMAT yg hampir sama antara kedua-dua syarikat.
SUNGGUH MERAGUKAN!!!
Anda boleh tengok sendiri peta & foto 360 bangunan / kawasan Leonard House, Newman Road, Bromley, Kent, UK yg SIMPLE & TIADA BANGUNAN PENCAKAR LANGIT melalui Google Maps / Street View untuk lebih jelas & faham mengapa Zenith Gold Limited / Prior Estates Limited hanyalah sebuah syarikat kecil & tidak meniaga juta2 pun:
GOOGLE MAPS:
FOTO 360 / GOOGLE STREET VIEW KAWASAN NEWMAN ROAD:
MASTER DEALER SABBRI PUN TAK MAMPU NAK JELASKAN SEMUA PENDEDAHAN DI ATAS, MELAINKAN SPIN, SPIN, SPIN & SPIN
Lagipun, pihak Zen Gold UK, yg mempunyai latar belakang luas dalam bab emas, dah lama umumkan ZENITHGOLDS sebagai SCAM:
WALLAHU A'LAM
===========================================
JUTAAN TERIMA KASIH atas kerjasama ANDA dalam MEMERANGI JENAYAH KOMERSIAL & PENIPUAN SCAM ZG & SKIM/INDIVIDU SCAMMERS lain yg TERLALU BANYAK & BERLELUASA di Malaysia & di luar negara AKIBAT KEJAHILAN sebahagian orang awam, KETAMAKAN utk JADI KAYA dgn JALAN PINTAS, MUDAH & CEPAT serta KELEMAHAN AKTA/PENGUATKUASAAN SEDIA ADA.
WASSALAM...


















ps : Top up top up, top up pakai duit tabung haji ke bang? hihihihi

aF