Jan 18, 2017

MyBCworld terjerumus kepada scam plan - part 1

Salam, setelah setahun meninggalkan post Mybcworld, malam ini aku terdetik untuk follow up website ini (http://www.mybcworld.com). Ternyata pelan ini masih aktif.

Di sini carian lengkap telah dilakukan selepas ini Mybcworld,  My Brotherhood Community, Kelab Komuniti Persahabatan Malaysia akan di panggil Mybcworld.

Carian Nama : my brotherhood community

Gambar dirujuk, Mybcworld didaftarkan di bawah pertubuhan persatuan (ros). Di mana status pertubuhan persatuan ini masih aktif.

Persatuan ini telah dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur, sama waktu post pertama Mybcworld yang dahulu. Ianya di rasmikan oleh Y.bhg Tan Sri Dr. M.Kayveas pada 04 Mac 2016. 

Di website MyBCworld hanya terdapat satu gambar berkenaan majlis perlancaran, register dan login. Tiada apa-apa yang berkaitan dengan pelan dan maksud persatuan ini ditubuhkan di website ini. Tiada langsung. Mengapa tiada? Jadi aku terpaksa pergi lebih dalam untuk memahami pelan yang famous ini pada suatu ketika dahulu.

Sewaktu register aku cuba untuk click dan baca Privacy Policy, namun linknya broken. Jadi aku terpaksa menetik butang tersebut dan continue dengan secara paksa rela.

Link : http://www.mybcworld.com/index.php?page=login
username : scamplan
password : 1234

Kata kata aluan MybcWorld yang pertama di dalam e-mel

"

How is this business works and what is my next steps?

Please follow the simple steps below,

**Step 1: Register & Get Free Promotion Web

i)      Congratulation! You already is a free member of mybcworld.com and you are given a free web promotion

Your Web Promotion Address is as below :
http://www.mybcworld.com/scamplan


**Step 2: UPGRADE TO GRED 1 MEMBERSHIP

i)     To become a Gred 1 membership, you need to LOGIN to your mybcworld.com account by using the the EMAIL and PASSWORD as stated above. Then look for the UPGRADE menu.

Please made a payment to your UPLINE and submit the payment form.

Please give sometime for the UPLINE to confirm your payment. You could contact mybcworld.com ADMIN if your account not yet upgraded after 24 hours from paid time.

**Step 3: PROMOTION

i)      Your next target is to upgrade to Grade 2 Membership. The fastest and more effort you give the greater income you will earn. You need to sponsor at least 3 Grade 1 members before qualify for the upgrade.

ii)     You can promote this program using the personal promotion web to your family, friends, acquaintances, and colleagues. Once they join, they will automatically become your downline and YOU as their sponsor / introducer.

iii)    Keep up your promotion works. Keep high your self-motivation. The Rome is not build in a day. Keep promoting your promotion web through Facebook, WhatsApp, Telegram and via other social media and also via Email/SMS/Advertisement/Forum/Brochure/Pamphlet and etc.

See you on top of mountain.

Thanks and Best Regards.

CEO mybcworld.com

"

Kata kata aluan MybcWorld yang kedua di dalam web

"

Salam Sejahtera
Ahli-ahli MyBC yang dihormati..
Fasa 3 atau VVIP akan bermula dalam waktu terdekat.
Sebelum ia bermula pihak admin menasihatkan agar ahli-ahli memahami cara system VVIP berjalan.
Sebagaimana yang ahli-ahli faham, untuk masuk ke fasa ini, ahli perlu mencukupi 3 syarat asas di fasa Premium.
1.       Berstatus STAGE 4 secara semulajadi dengan perjalanan networking dan bukan membeli STAGE.
2.       Telah memasuki fasa 2 iaitu VIP ( sebelum ini dinamakan HM - Honorary Member )
3.       Memiliki sekurang-kurangnya 50 network dibawah jaringannya ( bukan direct sponsor )
Butang VVIP akan keluar secara otomatik di akaun ahli yang layak.
Butang tersebut  tiada di akaun ahli yang masih belum layak mengikut syarat diatas.
Peringatan Penting !!!
Ø     Jangan sesekali KLIK untuk submit sekiranya anda belum bersedia membuat pembayaran kerana ia  akan memberi  impak kepada akaun penerima tersebut.
Proses Naik Taraf atau upgrading STAGE sama seperti Fasa Premium.
Penuhkan borang dan hantar(submit) kepada penerima yang layak.
Hubungi Penerima untuk membuat pengesahan.
Ø      Pastikan anda sentiasa memantau STAGE anda kerana kegagalan membuat naik taraf STAGE akan membuat anda terlepas upgrading dari network bawahan anda ( seperti Fasa Premium.
Ingat,.. Fasa 3 ini kelajuannya sukar diramal. Jika anda tidak peka dan serius, anda akan terlepas beberapa pembayaran kerana kemasukkan ahli ke fasa ini adalah secara otomatik dari ahli yang layak dari Fasa Premium.
Sekian Terima Kasih.
~ Admin MyBCworld
                                                                              "
Apa kejadah semua ini, aje naik gila kalau takde orang nak terangkan. Apa yang pasti, aku kena top up RM50 dan aktifkan pas VIP aku untuk ke belakang pentas, tapi untuk apa, demi persatuan brother brother yang di atas piramid sana? yuran kemasukan ahlian pelan cepat kaya? tapi kalau yuran mengapa pelan ini ade kemasukan duit ke akaun ahli vip? bukankah persatuan ditubuhkan sebagai satu badan yang bukan berkepentingan dan keberuntungan?



Brother Khairulrich ni sudah ada 4 akaun, bukan persatuan satu orang bersamaan dengan satu ahli? ini pelan yang memuskilkan. Dan paling tidak disangka. Dia baru sahaja daftarkan dirinya sebanyak 4 keahlian serentak dalam masa setengah jam!! Ini sesuatu perkara yang menakjubkan dan bakal menjadi satu rekod di dalam sukan mendaftar keahlian paling laju.
Untuk makluman, sebanyak 151,275 keahlian yang telah membayar RM50, dan ianya telah berantai tak tahu sampai kemana. Mohon salah seorang 151,275 ini tampil dan memberi khidmat nasihat kepada pembaca di dalam group ini. Secara e-mel mahupun di ruang comment. Jasa baik daripada pihak MybcWorld amatlah di alu-alukan kerana surat terbuka kepada ROS malaysia akan di lampirkan bermula sebulan dari sekarang.
Sekian.
aF

p/s : berikut adalah pelan bayaran untuk menjadi ahli, bayaran tersebut dibayar direct kepada pengenal atau upline. dan pelan ini adalah pelan yang tidak sah di sisi undang undang. gambar dilampirkan bersama untuk rujukan.


Jan 17, 2017

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part7 - Skim lambat kaya

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Lampiran gambar dibawah adalah dirujuk bersama. Ianya memang jelas mengatakan pelan tersebut adalah skim lambat kaya. Akan tetapi adakah ianya benar benar lambat?

Delay, lambat yang dimaksudkan adalah dilewatkan. Ianya memberi peluang kepada syarikat untuk membuat pusingan modal.

Walaupun lambat, tetapi risikonya sama seperti skim cepat kaya yang lain. Kerana ianya masih membuktikan pelan ini adalah pelan yang agak cepat. Cuba kira berapa ramai yang sudah menjadi jutawan dalam masa 2 tahun ini? Mungkin ramai.



Kepada prospek, kalau nak lagi cepat, cuba gandakan pelaburan anda. Di situ anda akan untung setengah daripada hari tersebut.

Sekian.


aF


Update posting baru terus ke e-mel anda dengan cara mudah

Sebarang posting terbaru berkenaan scamplan boleh dilakukan dengan mengisi e-mel anda di ruang di sebelah kanan di blog ini.

Setelah berbuat demikian, log in ke e-mel tersebut dan verify untuk subscribe.

Ianya lebih memudahkan anda untuk membaca artikel tersebut terus dari e-mel anda. Walaupun ianya akan mengurangkan hit visitor di blog ini akan tetapi ianya tidak mengapa. Kerana kualiti artikel dan keinginan untuk mengetahui perkara panas dan sensasi masa kini itu lebih penting daripada terkena scam.

Walaupun anda tidak menyokong dan tidak menyukai blog ini, anda di alu-alukan untuk comment dan juga subscribe kerana di sini anda akan dapat mempelajari cara cara untuk menutup lubang lubang hitam tersebut secara tidak langsung.

Biar pahit di telan jua. Begitulah maksudnya.

Sekian, terima kasih.

Af


Identity Penulis Blog

Bismillah,

Identiti penulis-penulis blog terpaksa disorok bagi tujuan keselamatan. Pembaca tidak perlu lagi membuat andaian dan teka meneka kerana penulis dari blog ini akan bertambah dari masa ke semasa melalui penulisan yang dikirimkan ke e-mel pemilik blog.

Sekiranya anda mempunyai pendapat, sila tulis dengan jelas dan perkataan yang mudah difahami supaya kerja pengeditan lebih mudah dan cepat.

Identity penulis juga tidak akan dipaparkan dan diketahui oleh awam.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.


aF

Berapa popular rasanya zenithgolds.com? - part 2


Gambar di atas adalah dirujuk mengenai post blog "Berapa popular rasanya zenithgolds.com" pada tarikh 11 febuari 2016 adalah turut berkaitan.

Untuk makluman pembaca pada awal tahun 2016 satu post berkenaan tersebut telah dilancarkan dan mendapat andaian pelbagai pihak. Di mana aku dan pengikut blog mulai meragui pelan ini kerana mereka mengatakan syarikat ini adalah syarikat antarabangsa dan hasil yang mengejutkan bahawa pelawat ke website ini 90 peratus datangnya dari malaysia.

Jadi dengan tujuan ini juga aku lampirkan satu lagi lampiran yang terkini bertarikh 18 Januari 2017 seperti gambar di bawah untuk rujukan pihak tuan.

Berikut adalah link untuk rujukan : http://www.alexa.com/siteinfo/zenithgolds.com

Memandangkan rakyat malaysia kebanyakkan tidak tahu menggunakan internet dengan sebaiknya, aku berpendapat masih ramai yang tidak faham apa maksud gambar tersebut. Jadi di sini aku ingin menerangkan kembali dengan lebih mendalam dan sampai ke lubuk minda tuan dan puan.

Baiklah, kita mulakan dengan penduduk. Berikut adalah data pengguna internet mengikut negara pada tahun 2016.

1. Malaysia : 21,090,777 orang
2. Brunei : 310,205 orang
3. Singapura : 4,699,204 orang
4. United State : 286,942,362 orang
5. Indonesia : 53,236,716 orang

Berikut adalah link untuk rujukan : http://www.internetlivestats.com/internet-users-by-country/

Dengan data tersebut, perkara ini menampakkan penduduk yang menggunakan internet paling tinggi pun tidak dapat mengalahkan Malaysia yang memegang ranking selama setahun iaitu 90% sedangkan pelan ini adalah pelan antarabangsa. kata mereka.

Oleh yang demikian, renung dan kaji kembali. Mengapa pelan tersebut berpusat di Malaysia?

A. Adakah dalang tersebut hanya membuka syarikat proxy di sana.
B. Adakah dalang tersebut sebenarnya rakyat Malaysia
C. Adakah mereka tidak study dengan outsource database
D. Adakah mereka akan mengatakan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling ramai sertai

Fikir-fikirkanlah, sesuatu pelan itu memang telah di kaji, akan tetapi, masih terdapat ruang hitam yang tidak dapat dikaburi. Kerana google maha mengkaji.

Sekian, terima kasih.

aF


Jan 12, 2017

Surat Belajar Forex

Salam,


"Tuan Blogger,

Saya telah melawat blog anda semasa sedang mencari maklumat berkenaan Zenith Gold. Saya dapati maklumat yang diberikan amat berguna bagi individu yang baru mahu menceburi atau mempelajari bidang pelaburan.

Oleh yang demikian, mohon tunjuk ajar dari anda berkenaan pelaburan saham dan FOREX kerana saya amat berminat untuk membuat pelaburan di dalam bidang ini. Untuk makluman, saya tidak mempunyai modal yang besar dan ia akan dijadikan pendapatan tambahan kepada keluarga saya.

Harap anda dapat tolong saya "

Terima kasih

Salam hormat,
Radhi

-----

Salam Radhi,

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya, saya tidak kisah sekiranya tuan ingin melabur zenith gold, sebab saya tidak mengatakan ianya scam. Cuma elakkanlah sekiranya melabur dengan kuantiti yang melampau dan mengajak orang lain terjerumus sama. itu sahaja yang saya minta.

Untuk mengajar itu bukanlah kemahiran tetapi boleh la saya sharekan sikit info info yang berkaitan.
1. www.babypips.com
2. www.forexfactory.com

Baca dahulu sekiranya ada apa apa pertanyaan mohon tanya sahaja tanpa segan dan silu.

AF

Getthiss terjerumus kepada scam plan - part 1

Salam

www.getthiss.com

"Bilangan pengguna internet yang aktif di negara Malaysia kini melebihi 20.1 juta dengan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media online.
Hanya 10% sahaja yang memperoleh manfaat dari sudut kewangan, selebihnya tidak.
Jika anda bercadang mencari satu perniagaan sampingan yang mudah, resiko untuk rugi kecil, luangkan masa melihat PELUANG ini
" SERIUS MEMBANTU ANDA "
Preview PERCUMA!! Datang dahulu untuk saksikan samaada program ini bakal merubah hidup anda 360°
🌐 GETTHISS SUPER INCOME"

Perenggan di atas adalah dirujuk, sebijik macam kawan aku punya idea waktu dia scam orang dekat puchong dahulu.

Cuma satu je aku nak pesan, kalau nak join MLM, ya anda boleh, kalau anda rasa teknik ni boleh hidup selama 3 tahun aku rasa tidak. Sebab apa. Sebab WEB dan interface dia cam bangang. Facebook dah lama wujud. Kenapa la kau tak  tiru dia. Kalau tak tiru pun pergi la study tengok ebay ke, mudah.my ke apa bangang punya manusia, rujukan dan kajian di hujung jari pun nak hire designer tangkap muat je ker?

Lagi satu aku nak pesan, kalau semua seller je masuk kat situ sapa nak beli? seller beli ngan seller? apa ke bangang. Lain la google perkataan "getthis scam" memang la terus masuk blog aku, tapi tak sampai la sejuta, 50 ribu orang tu dalam tangan setahun.

Jap aku nak teka, hang ni ada tali persaudaraan dengan pok din empire ker? sebab jalan cerita ni hampir sama. cuba rambut ja beza beza. bulu mungkin sama kot.

Apa apa pun, aku letak TERJERUMUS dahulu. Aku tak kata kau scam. Harap kau dapat ambil perhatian dengan apa aku highlight kan.

Lupa pulak, Web tu kasi clear la sikit company ni buat apa, asyik wajib kena pergi seminar je. Menyampah, kata pengguna internet yang aktif di negara Malaysia kini melebihi 201. juta kata kau. puihhhhhhhhh.

AF

*sila baca dengan nada lembut dengan slang nogori.

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part6 - Margin Call

Salam,

Margin call dipanggil kerana sesuatu itu melingkup di dalam istilah trading. Akan tetapi sudahkan Zenith Trader menambahkan margin untuk tahun ini supaya tidak melingkup? Tentulah tidak!!! Kerana members menambah atau bahasa ingerisnya top up.

Sudah jutawankah anda??

Cuba senaraikan berapa ramai kawan-kawan yang telah join di bawah, cuba bayangkan berapa ramai yang telah melabur di bawah anda. Dan cuba bayangkan tiba tiba margin call.

Cuba bayangkan langit dan bintang. Tak perlu. Sebab apa. Perniagaan tidak menjadikan langit dan bintang. 

Lagi satu nak sampaikan. Aku tak cakap pun zenith ni scam. Aku cakap zenith ni TERJERUMUS kepada scam. Sebab tu lah kena pergi kolej, bukan join multi level marketing. ops! bukan MLM ini perlaburan. Dan perlaburan adalah perniagaan. Dan scam adalah penipuan.

AF

*sorry lama tak update. di sebabkan kesibukan mencari downline. pfffft

Fxunited terjerumus kepada scam plan - part 2

Salam,

Perkara ni dari awal bulan lepas lagi dibualkan oleh kawan sekerja yang melabur Fxunited. Khabarnya pengeluaran sangkut selama 2 bulan. Katanya, tidak boleh direct bank in ke akaun local bank katanya lagi.

Yang itu tidak menjadi masalah, tapi yang menjadi masalah sebab dia telah laburkan 10 ribu dan merasa seperti di tipu sebab sebelum ini urusan jual beli sememangnya cantik cantik belaka.

Jadi, dia terpaksa menanti untuk satu bulan yang lagi untuk pengeluaran.

Ini tidak bermakna perkara ini Scam. Cuma masih terjerumus. Kalau mengikut broker-broker yang lain. Masih elok sahaja urusan jual beli menggunakan local bank. Tapi mengapa yang kali ini mereka tidak. Persoalan di situ.

Semoga wang modalnya 10 ribu itu masih selamat.

AF