Feb 29, 2016

Zenith International Gold tidak di benarkan beroperasi di Malaysia oleh Bank Negara

Image result for bank negara


Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
The Bank has updated the Financial Consumer Alert list. The list consists of companies and websites which are neither authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM. Please take note that the list is not exhaustive and only serves as a guide to members of the public based on information and queries received by BNM. The latest list consists of 258 companies. The following companies were added to the list:

Peringatan kepada Semua Pengguna: Berikut adalah Senarai syarikat yang tidak dibenarkan dan laman web yang telah dikemaskini Bank Negara didalam senarai Financial Alert untuk Pengguna. Senarai ini terdiri daripada syarikat-syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila ambil perhatian bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai terbaru terdiri daripada 258 syarikat. Syarikat-syarikat berikut telah dimasukkan dalam senarai tersebut:

1. Ostim Academy
2. Safeena Gold Gallery
3. DBB Star Sdn Bhd
4. Aziera Enterprise
5. GGT Golds Sdn Bhd
6. Global Golds Trading
7. Triple One Management Pte Ltd (T1FX)
8. HiFX Asia
9. Mecca Fund Global
10. Highway Group Resources
11. HG Resources Sdn Bhd
12. Zenith Gold International Limited
13. www.powergold.biz ( New website for Amethyst Gold Creation Sdn Bhd)

Source : Bank Negara

Berdasar kan petikan Bank negara tersebut adalah dirujuk.

Adalah sikap manusia, malu bertanya sesat jalan. Di sini Bank Negara telah memasukkan senarai Zenith Gold ke dalam listing dan masih lagi di dalam permerhatian Bank Negara. Dan ini adalah berpunca daripada talk-talk kepada umum dan umum mempersoalkan kembali kepada Bank Negara. Oleh yang demikian memang benarlah kata-kata pengikut zenithgolds bahawasanya zenithgold sememangnya tidak berdaftar dengan Bank Negara, apatah lagi SSM.

Tetapi mengapa Bank Negara mengatakan ianya tidak diluluskan dan tidak mengikut undang-undang? Adakah ianya berisiko?
A. Tidak berdaftar
B. Multi level marketing
C. Tidak boleh dipercayai
D. Bank negara tidak menyokong Keusahawan Melayu
E. Bank negara tidak mendapat keuntungan
F. Cukai tidak berbayar oleh JP Morgan


Sekian.
-aF-

Feb 19, 2016

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part4



Bagaimana proses pelaburan kendalian Zenith Gold International berlaku?

1.Pelabur

Para pelabur mula melabur melalui orang tengah (tidak berdaftar) sebagai pendiposit di Malaysia. Ianya sama seperti pendeposit untuk broker forex, untuk makluman sebagai penerima deposit untuk akaun forex, pendiposit dilarang untuk meletakkan sebarang perkataan berkenaan seperti fx, forex, depo dan perkataan yang sewaktunya apabila melakukan transaksi online. Perkara ini ditegah dan tidak boleh kerana perkataan berkenaan sangat sensitif kerana forex tidak di iktiraf di Malaysia. Jika di bandingkan forex dan ZG, forex boleh deposit melalui cara lain seperti kad kredit, debit dan pelbagai manakala ZG mungkin ada cara lain tapi tidak dapat di pastikan kerana ianya tidak di ketengahkan.

2.Ringgit to Dollar

Para pelabur melabur mengikut mata wang USD dan ianya telah dikunci pada kadar RM3.80 per Dollar dan perkara ini adalah tidak sepatutnya kerana pada waktu sekarang Ringgit adalah lebih RM4 per Dollar. Jadi di sini, adakah syarikat ZG akan kerugian dan ianya amatlah terlalu besar.

3.ZG

Kaji selidik mengenai ini akan di kemaskini kerana mempunyai pelbagai versi contoh laman websitenya rujuk Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part3

4. Saham Emas Dunia

Setelah pilihan akaun dan ZG telah di deposit, maka modal  tersebut akan di laburkan pada pasaran emas dunia, iaitu GOLD/USD di mana pair tersebut boleh di trade di mana-mana broker dengan menggunakan metatrader. Atau bahasa pasarnya ialah FOREX. Untuk makluman ZG semua, GOLD/USD adalah sama dengan FOREX. Sekiranya berbeza dari segi apa yang membezakannya adalah perkataan.

Di sini adalah satu contoh yang mudah.

A Professional Trader, Trade Gold - Comission mengikut peratus keuntungan dan akan dibahagikan sekiranya untung, sekiranya rugi di tanggung oleh pelabur.

ZG Professional Trader, Trade Gold - Comission di tetapkan untuk setiap hari dan mempunyai maksima keuntungan 2% sehari dan kerugian tidak dinyatakan, walau pun rugi, ZG tetap membayar 0.5 peratus. Adakah ZG pernah membayar 1% ? Rasanya tidak.

Di sini apa yang dapat kita lihat. Sekiranya Professional Trader tersebut meniru perkara tersebut adalah sesuatu yang terlalu sukar kerana sebagai seorang trader mereka berpegang kepada satu prinsip iaitu money management. Sememangnya terdapat trader-trader yang handal dan boleh untung berlipat kali ganda dalam masa sebulan. Akan tetapi ianya tetap tidak mengikut garis panduan yang utama.

Bagaimana ZG boleh membayar komisyen walaupun pada sabtu dan ahad dan juga bagaimana ZG boleh membayar komisyen sekiranya Graf atau saham emas dunia turun dengan mendadak?

Persoalan tersebut mudah, sebenarnya tiada upline atau leader ZG tahu dan tidak pernah di ajar apa itu forex. ZG akan cuba membuat keuntungan yang lebih sehari, ini bermakna pada anggaran mata kasar, ZG akan cuba mendapatkan keuntungan 2-5 % sehari bagi membayar pada hari hari cuti dan hari hari trader ZG gold tidak mendapat keuntungan. Bagi jawapan harga pasaran emas dunia turun pula, saham boleh untung juga sekiranya trader tersebut menjual USD dan membeli emas kembali, dengan cara ini trader tersebut akan mendapat keuntungan. Untuk memahami perkara tersebut anda perlu memahami apa itu saham.

5. 100 Hari hingga 400 Hari

Setelah mencukupi waktu matang, modal anda boleh di keluarkan dan mendapat untung mengikut perjanjian sebelum ini. Persoalannya mengapa? Di sini sekiranya kita mengeluarkan modal dengan secara mengejut adalah sukar kerana trader sedang menggunakan modal anda untuk tujuan trading.

6. Pengeluaran

Setelah mencapai matang, modal akan di bahagikan kepada dua bahagian, 70% dalam bentuk wang dan 30% gold bar. Wang anda akan di depositkan terus ke account anda di malaysia, dimana terdapat sebuah money changer yang akan memasukkan wang. Manakala emas tersebut akan terkeluar dari vending machine setelah wang tersebut di keluarkan dari ZG. Dan proses ini akan terus berulang sehingga anda terperangkan di antara emas dan wang.


-aF

Feb 11, 2016

Berapa popular rasanya zenithgolds.com?

Tajuk hari ini berkenaan kepopularitian website ini. Terima kasih kepada komentor komentor yang memberi pendapat dan berbudi bahasa bagi membantu kita demi menjamin kepada sebuah negara yang tidak akan dilabel sebagai negara yang scam.

Kembali kepada tajuk di atas dan topik berkenaan zenithgolds adalah dirujuk bersama.

Mengikut website kaji selidik ataupun web analisis Alexa (www.alexa.com) ranking dunia, website zenithgold berada di tangga yang ke 179,555 dari kesemua laman web yang berada di dunia. Tahap ini adalah tahap yang amat membanggakan juga. Akan tetapi tetangga ini bukan point sebenarnya yang dicari.

Contoh Ranking Dunia
tabunghaji.gov.my : 317902
asnb.com.my : 250525
bursamalaysia.com : 27275
pbebank.com : 7405
cimbclicks.com.my : 4392
maybank2u.com.my : 1863

Gambar di atas adalah dirujuk, Rank in British Virgin Islands. Ianya membawa maksud di British Virgin Islands tiada ranking di negaranya sendiri.

Bagi yang samar-samar dan ingin tahu di mana terletaknya British Virgin Islands gambar Peta di bawah adalah dirujuk.

Peta Pulau
Peta Negara
Peta Dunia

British Virgin Island ini adalah merupakan sekumpulan pulau di Laut Caribbean dan timur Puerto Rico. BVI adalah wilayah luar negeri tanggungan British dan dinamakan Kepulauan Virgin British untuk membezakannya dengan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.



Mengikut laporan Alexa, 92% daripada seluruh dunia pelawat laman web zenithgolds merupakan berada di Malaysia, walhal zenithgolds ini berpangkalan di United Kingdom.

Setelah mengkaji semula dan memahami beberapa perkara, United Kingdom yang digempar gempurkan sebenarnya berada jauh daripada negara aslinya (jajahan) dan inilah punca utama website ini tidak popular di negaranya sendiri.

Majoriti Penduduk Mengikut Kaum
78.5% "Black/African"
5% "White"
5% "Hispanic"
5% "Multiracial"
2% "East Indian"
4.5% "others"

Mengikut laporan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/British_Virgin_Islands majoriti penduduk di sana adalah berkulit hitam dan tidak seperti yang kita jangkakan penduduknya 50% berkulit putih dan 50% berkulit hitam.

Penutup
Bak kata pepatah, biar hujan emas di negara orang, biar hujan batu di negara kita sendiri.



-aF-