Mengikut laporan Reuters harga emas sekarang berada di bawah paras yang rendah. Akan tetapi bila kita ke kedai emas harganya tidak beberapa rendah seperti yang kita jangkakan. Ini kerana harga emas lebih bersandarkan kepada matawang dollar amerika.
Ianya membawa maksud, penurunan emas tidak mempunyai apa-apa impak dipasaran tempatan kerana ringgit kita yang lemah masih bersandarkan US dollar untuk membeli emas tersebut.
Bagi pelabur emas fizikal, adakah ini jalan yang terbaik untuk membeli emas? aku semakin ragu-ragu dengan permainan konsultan pelaburan emas dengan mengunakan pendekatan bahawa harga emas dunia turun dan menyarankan kita membelinya, walhal harga emas dipasaran tempatan tidak begitu rendah seperti yang diinginkan.
Adalah lebih baik kita membeli emas secara terus dengan menggunakan dolar Amerika akan tetapi suatu hari nanti dolar amerika akan turun juga. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Kos, Risiko dan Keuntungan.
Dalam perniagaan kita diterapkan untuk menitikberatkan akan tiga perkara seperti di atas. Kos yang dimaksudkan adalah kos pertukaran antara modal dan matawang yang perlu dilaburkan bagi menanggung urusan jual beli tersebut.
Risiko yang perlu ditanggung pula. Berapa peratus kerugian yang bakal kita tanggung selepas urusan jual beli tersebut.
Keuntungan. Jumlah keuntungan setelah risiko yang diambil tidak hadir dalam pelaburan tersebut.
Untuk membeli/menjual emas adalah sesuatu perkara yang amat mudah. Anda tidak perlu lagi ke kedai emas. Anda hanya perlu memuat turun metatrader, register broker, deposit dan boleh terus membeli.
Good Luck.
-aF-
Perkongsian yg sangat bagus!! Keep it up.
ReplyDelete