Feb 19, 2016

Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part4



Bagaimana proses pelaburan kendalian Zenith Gold International berlaku?

1.Pelabur

Para pelabur mula melabur melalui orang tengah (tidak berdaftar) sebagai pendiposit di Malaysia. Ianya sama seperti pendeposit untuk broker forex, untuk makluman sebagai penerima deposit untuk akaun forex, pendiposit dilarang untuk meletakkan sebarang perkataan berkenaan seperti fx, forex, depo dan perkataan yang sewaktunya apabila melakukan transaksi online. Perkara ini ditegah dan tidak boleh kerana perkataan berkenaan sangat sensitif kerana forex tidak di iktiraf di Malaysia. Jika di bandingkan forex dan ZG, forex boleh deposit melalui cara lain seperti kad kredit, debit dan pelbagai manakala ZG mungkin ada cara lain tapi tidak dapat di pastikan kerana ianya tidak di ketengahkan.

2.Ringgit to Dollar

Para pelabur melabur mengikut mata wang USD dan ianya telah dikunci pada kadar RM3.80 per Dollar dan perkara ini adalah tidak sepatutnya kerana pada waktu sekarang Ringgit adalah lebih RM4 per Dollar. Jadi di sini, adakah syarikat ZG akan kerugian dan ianya amatlah terlalu besar.

3.ZG

Kaji selidik mengenai ini akan di kemaskini kerana mempunyai pelbagai versi contoh laman websitenya rujuk Zenith Gold terjerumus kepada scam plan - part3

4. Saham Emas Dunia

Setelah pilihan akaun dan ZG telah di deposit, maka modal  tersebut akan di laburkan pada pasaran emas dunia, iaitu GOLD/USD di mana pair tersebut boleh di trade di mana-mana broker dengan menggunakan metatrader. Atau bahasa pasarnya ialah FOREX. Untuk makluman ZG semua, GOLD/USD adalah sama dengan FOREX. Sekiranya berbeza dari segi apa yang membezakannya adalah perkataan.

Di sini adalah satu contoh yang mudah.

A Professional Trader, Trade Gold - Comission mengikut peratus keuntungan dan akan dibahagikan sekiranya untung, sekiranya rugi di tanggung oleh pelabur.

ZG Professional Trader, Trade Gold - Comission di tetapkan untuk setiap hari dan mempunyai maksima keuntungan 2% sehari dan kerugian tidak dinyatakan, walau pun rugi, ZG tetap membayar 0.5 peratus. Adakah ZG pernah membayar 1% ? Rasanya tidak.

Di sini apa yang dapat kita lihat. Sekiranya Professional Trader tersebut meniru perkara tersebut adalah sesuatu yang terlalu sukar kerana sebagai seorang trader mereka berpegang kepada satu prinsip iaitu money management. Sememangnya terdapat trader-trader yang handal dan boleh untung berlipat kali ganda dalam masa sebulan. Akan tetapi ianya tetap tidak mengikut garis panduan yang utama.

Bagaimana ZG boleh membayar komisyen walaupun pada sabtu dan ahad dan juga bagaimana ZG boleh membayar komisyen sekiranya Graf atau saham emas dunia turun dengan mendadak?

Persoalan tersebut mudah, sebenarnya tiada upline atau leader ZG tahu dan tidak pernah di ajar apa itu forex. ZG akan cuba membuat keuntungan yang lebih sehari, ini bermakna pada anggaran mata kasar, ZG akan cuba mendapatkan keuntungan 2-5 % sehari bagi membayar pada hari hari cuti dan hari hari trader ZG gold tidak mendapat keuntungan. Bagi jawapan harga pasaran emas dunia turun pula, saham boleh untung juga sekiranya trader tersebut menjual USD dan membeli emas kembali, dengan cara ini trader tersebut akan mendapat keuntungan. Untuk memahami perkara tersebut anda perlu memahami apa itu saham.

5. 100 Hari hingga 400 Hari

Setelah mencukupi waktu matang, modal anda boleh di keluarkan dan mendapat untung mengikut perjanjian sebelum ini. Persoalannya mengapa? Di sini sekiranya kita mengeluarkan modal dengan secara mengejut adalah sukar kerana trader sedang menggunakan modal anda untuk tujuan trading.

6. Pengeluaran

Setelah mencapai matang, modal akan di bahagikan kepada dua bahagian, 70% dalam bentuk wang dan 30% gold bar. Wang anda akan di depositkan terus ke account anda di malaysia, dimana terdapat sebuah money changer yang akan memasukkan wang. Manakala emas tersebut akan terkeluar dari vending machine setelah wang tersebut di keluarkan dari ZG. Dan proses ini akan terus berulang sehingga anda terperangkan di antara emas dan wang.


-aF

3 comments:

  1. sambung part 5 pulak.....aku google map alamat company...hasilnya memang menakjubkan...kikikiki

    ReplyDelete
  2. Setahu aku zg penah bayar 1.0%.. Kawan aku dah tunjuk bukti.. Aku rasa ko je yg bodoh..

    ReplyDelete