Feb 11, 2016

Berapa popular rasanya zenithgolds.com?

Tajuk hari ini berkenaan kepopularitian website ini. Terima kasih kepada komentor komentor yang memberi pendapat dan berbudi bahasa bagi membantu kita demi menjamin kepada sebuah negara yang tidak akan dilabel sebagai negara yang scam.

Kembali kepada tajuk di atas dan topik berkenaan zenithgolds adalah dirujuk bersama.

Mengikut website kaji selidik ataupun web analisis Alexa (www.alexa.com) ranking dunia, website zenithgold berada di tangga yang ke 179,555 dari kesemua laman web yang berada di dunia. Tahap ini adalah tahap yang amat membanggakan juga. Akan tetapi tetangga ini bukan point sebenarnya yang dicari.

Contoh Ranking Dunia
tabunghaji.gov.my : 317902
asnb.com.my : 250525
bursamalaysia.com : 27275
pbebank.com : 7405
cimbclicks.com.my : 4392
maybank2u.com.my : 1863

Gambar di atas adalah dirujuk, Rank in British Virgin Islands. Ianya membawa maksud di British Virgin Islands tiada ranking di negaranya sendiri.

Bagi yang samar-samar dan ingin tahu di mana terletaknya British Virgin Islands gambar Peta di bawah adalah dirujuk.

Peta Pulau
Peta Negara
Peta Dunia

British Virgin Island ini adalah merupakan sekumpulan pulau di Laut Caribbean dan timur Puerto Rico. BVI adalah wilayah luar negeri tanggungan British dan dinamakan Kepulauan Virgin British untuk membezakannya dengan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.



Mengikut laporan Alexa, 92% daripada seluruh dunia pelawat laman web zenithgolds merupakan berada di Malaysia, walhal zenithgolds ini berpangkalan di United Kingdom.

Setelah mengkaji semula dan memahami beberapa perkara, United Kingdom yang digempar gempurkan sebenarnya berada jauh daripada negara aslinya (jajahan) dan inilah punca utama website ini tidak popular di negaranya sendiri.

Majoriti Penduduk Mengikut Kaum
78.5% "Black/African"
5% "White"
5% "Hispanic"
5% "Multiracial"
2% "East Indian"
4.5% "others"

Mengikut laporan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/British_Virgin_Islands majoriti penduduk di sana adalah berkulit hitam dan tidak seperti yang kita jangkakan penduduknya 50% berkulit putih dan 50% berkulit hitam.

Penutup
Bak kata pepatah, biar hujan emas di negara orang, biar hujan batu di negara kita sendiri.



-aF-

No comments:

Post a Comment