Gambar di atas adalah dirujuk mengenai post blog "Berapa popular rasanya zenithgolds.com" pada tarikh 11 febuari 2016 adalah turut berkaitan.
Untuk makluman pembaca pada awal tahun 2016 satu post berkenaan tersebut telah dilancarkan dan mendapat andaian pelbagai pihak. Di mana aku dan pengikut blog mulai meragui pelan ini kerana mereka mengatakan syarikat ini adalah syarikat antarabangsa dan hasil yang mengejutkan bahawa pelawat ke website ini 90 peratus datangnya dari malaysia.
Jadi dengan tujuan ini juga aku lampirkan satu lagi lampiran yang terkini bertarikh 18 Januari 2017 seperti gambar di bawah untuk rujukan pihak tuan.
Berikut adalah link untuk rujukan : http://www.alexa.com/siteinfo/zenithgolds.com
Memandangkan rakyat malaysia kebanyakkan tidak tahu menggunakan internet dengan sebaiknya, aku berpendapat masih ramai yang tidak faham apa maksud gambar tersebut. Jadi di sini aku ingin menerangkan kembali dengan lebih mendalam dan sampai ke lubuk minda tuan dan puan.
Baiklah, kita mulakan dengan penduduk. Berikut adalah data pengguna internet mengikut negara pada tahun 2016.
1. Malaysia : 21,090,777 orang
2. Brunei : 310,205 orang
3. Singapura : 4,699,204 orang
4. United State : 286,942,362 orang
5. Indonesia : 53,236,716 orang
Berikut adalah link untuk rujukan : http://www.internetlivestats.com/internet-users-by-country/
Dengan data tersebut, perkara ini menampakkan penduduk yang menggunakan internet paling tinggi pun tidak dapat mengalahkan Malaysia yang memegang ranking selama setahun iaitu 90% sedangkan pelan ini adalah pelan antarabangsa. kata mereka.
Oleh yang demikian, renung dan kaji kembali. Mengapa pelan tersebut berpusat di Malaysia?
A. Adakah dalang tersebut hanya membuka syarikat proxy di sana.
B. Adakah dalang tersebut sebenarnya rakyat Malaysia
C. Adakah mereka tidak study dengan outsource database
D. Adakah mereka akan mengatakan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling ramai sertai
Fikir-fikirkanlah, sesuatu pelan itu memang telah di kaji, akan tetapi, masih terdapat ruang hitam yang tidak dapat dikaburi. Kerana google maha mengkaji.
Sekian, terima kasih.
aF
No comments:
Post a Comment