Jan 12, 2017

Surat Belajar Forex

Salam,


"Tuan Blogger,

Saya telah melawat blog anda semasa sedang mencari maklumat berkenaan Zenith Gold. Saya dapati maklumat yang diberikan amat berguna bagi individu yang baru mahu menceburi atau mempelajari bidang pelaburan.

Oleh yang demikian, mohon tunjuk ajar dari anda berkenaan pelaburan saham dan FOREX kerana saya amat berminat untuk membuat pelaburan di dalam bidang ini. Untuk makluman, saya tidak mempunyai modal yang besar dan ia akan dijadikan pendapatan tambahan kepada keluarga saya.

Harap anda dapat tolong saya "

Terima kasih

Salam hormat,
Radhi

-----

Salam Radhi,

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya, saya tidak kisah sekiranya tuan ingin melabur zenith gold, sebab saya tidak mengatakan ianya scam. Cuma elakkanlah sekiranya melabur dengan kuantiti yang melampau dan mengajak orang lain terjerumus sama. itu sahaja yang saya minta.

Untuk mengajar itu bukanlah kemahiran tetapi boleh la saya sharekan sikit info info yang berkaitan.
1. www.babypips.com
2. www.forexfactory.com

Baca dahulu sekiranya ada apa apa pertanyaan mohon tanya sahaja tanpa segan dan silu.

AF

No comments:

Post a Comment