Sep 27, 2015

Mengapa Malaysia tidak serik-serik dengan skim yang menguntungkan?

bismillahirahmanirrahim,

Seringkali kita dapat panggilan dari rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Last last kita dapat tahu bahawa kita dipanggil adalah kerana diajak untuk menyertai sebuah program yang boleh menguntungkan.

Strategi networking adalah sebuah strategi yang sangat menguntungkan. Mengapa? kerana networking mempunyai pelanggan yang setia, pelanggan yang bekerja untuk mencari pelanggan baru tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Tetapi persolannya sekarang mengapa Malaysia masih tidak serik?

Jawapan mudah adalah kerana Rakyat Malaysia mudah lupa. Walhal baru tahun lepas telah ditipu oleh kawan karib sendiri malah ahli keluarganya sendiri. Tetapi dia tidak pula menyalahkan kawan atau keluarga kerana syarikat itu yang dilabelkan telah menipu dirinya.

Antara faktor lain juga adalah, bangsa kita senang ditipu, senang terpedaya bila dijanjikan sesuatu yang susah baginya untuk berbuat demikian. Ada juga yang memang telah kaya tapi sengaja melayan karenah dan kehendak yang lain demi menjaga air muka.

Mengapa Malaysia? 2014 terdapat saudagar cina, wah. siap billboard bagai menjadikan Malaysia target beliau. Cuba kita fikirkan semula. Mengapa dan mengapa?

Sebelum ini saya ada menemubual seorang programmer, sekitar tahun 2013, beliau memberitahu bahawa negara Malaysia dari segi management atau erti kata lain pengurusan adalah yang paling terbaik.Perkara ini disebut-sebut oleh negara luar. Setuju? Bincangkan.

-aF-


No comments:

Post a Comment