Sep 27, 2015

MyBCworld terjerumus kepada scam plan

bismillahirahmanirrahim,

Bagaimana mybcworld menjanakan duit untuk anda? Jawapannya hanya ada satu iaitu deposit pendaftaran ahli baru secara 100% kepada bank akaun anda (upline) tanpa melalui orang tengah.

www.mybcworld.com

"Home>Register>Login". Website ini hanya boleh diakses untuk ahli sahaja. Tiada promosi, walaupun setitik nila. Apekejadahnya ini sekiranya sesebuah website ingin menjual atau mempromosi produk dan skim hanya ada tiga perkara ini sahaja? 

Ianya sama seperti modes operandi wang pos yang famous sekitar tahun 2012, Wang pos. Ianya sama sahaja, dan pada satu titik ianya akan terus berhenti dan lenyap kerana skim ini berbutuhkan downline dan downline yang banyak. Skim ini agak lebih teliti tetapi masih mempunyai kelemahan. Skim ini merupakan sebuah skim yang merepek dan hanya menguntungkan pihak yang mencipta program ini.

Pihak pemilik website skim ini, tidak berani mempamerkan modes operandi di websitenya sendiri. Hanya kambing-kambing hitam yang dinaikkan untuk meneruskan program ini. Dimana founder program ini? Tidak perlu dipersoalkan lagi.

Apa yang boleh dilakukan oleh bank negara bagi membenteras masalah ini? sekatan akaun kepada pemilik bukan akaun semasa, bagi yang semasa perlu membuat declaration. 

Tak perlu dipanjangkan cerita lagi, cerah lagi bersuluh, tiada istilah jujur dalam perniagaan seperti ini, seolah menggunakan kesempatan kepada orang yang lemah dan buta. Walaupun sedikit. Cubalah tuan tukar sistem ini kepada sistem RM5, ianya tetap sama. Dan aku boleh menjadi founder untuk program ini kalau ada yang berminat. Tapi tak mengapalah. Aku taknak ramai orang tertipu dengan skim ini. Sekiranya benar ianya adalah sebuah komuniti, daftarlah dengan ROS. Jadikan lah pertubuhan yang berdaftar dan boleh dikawal oleh kerajaan. Tidak kesahlah berapa ringgit wang pendaftaran sekali pun. Aku akan join. Tapi jadikan aku foundernya, Setuju?

Salam.

-aF-

p/s : kebanyakkan fakta tidak dilampirkan, kesimpulan bagi program ini adalah tepat dan berdasarkan banyak perkara lagi yang tidak sempat untuk dicatatkan dan dilampirkan didalam penulisan ini. h.m

1 comment:

  1. Butul ka kamurang semua ni serita....siapa lah kaya kamurang....betangkar betangkar..silaka butul

    ReplyDelete