Sep 27, 2015

Scam Plan

Bismillahirahmanirrahim,

Scam plan atau di Bahasa Malaysiakan ianya bermaksud rencana penipuan. Scam Plan pada dasarnya adalah satu pelan yang sebenarnya bukan bermula daripada sesuatu yang terlalu menjanjikan harapan, peluang, pulangan yang mustahil dan akhirnya baru kita sedar perkara ini sebenarnya palsu.

Oleh yang demikian, blog Scam Plan ini diwujudkan bagi mengorek dan menyelongkar operasi, sistem dan dalang-dalang di sebaliknya. Pencarian dan pemerhatian kepada sesebuah pelan perniagaan yang mendatangkan keuntungan terutamanya pelan yang membuat keuntungan berlipat kali ganda dan bertunggangkan agama.

Kepada sesiapa yang telah menyertai sesebuah program dan pelan di mana disebutkan di dalam blog ini hendaklah mengambil pandangan yang positif kerana tidak kesemua Pelan adalah SCAM dan masih di dalam pemerhatian.

Anda juga turut dijemput untuk menulis bersama dalam ruangan blog ini dengan cara menghantar penulisan anda kepada splanmy@gmail.com

Terima Kasih.

Penafian ini hendaklah dipandang serius : Keberuntungan atau kerugian daripada perbuatan membaca, mengelik link daripada artikel, membaca apa-apa jenis pendapat dari ruangan komen di dalam blog ini hendaklah ditanggung oleh para pembaca sendiri. Pihak penulis tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak terutamanya pihak yang masih dan sedang membuat keuntungan. Penulis juga memerlukan pihak-pihak yang berkenaan, founder, follower, pelabur mahupun sales person, membantu memberikan fakta demi memajukan blog ini. Sekiranya terdapat kesilapan fakta, mohon tinggalkan pesanan email secara bertulis kepada splanmy@gmail.com untuk tujuan pembetulan dan kemaskini. Sekian, terima kasih. -aF

No comments:

Post a Comment